Jumaat, 2 Mei 2014

Nama-Nama Al-quran Yang Lain

0 ulasan

  Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.
Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Quran dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Quran itu sendiri.

1. Al-Kitab (Kitab)
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.

" Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa." (al-Baqarah: 2)

2. Al-Hudaa (Petunjuk)
Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) … (al-Baqarah: 185)

3. Al-Furqan (Pembeda)
Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai pembeda antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Quran maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membedakannya dengan kebatilan.

"Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad)" … (al-Furqan: 1)

4. Ar-Rahmah (Rahmat)
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
" Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian."  (al-Isra: 82)

5. An-Nuur (Cahaya)
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesame manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

    
" Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus." (al-Maidah: 16) 


6. Ar-Ruuh (Roh)
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akanmati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
" Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Quran) dengan perintah Kami, …"  (ash-Shura: 52)

7. Asy-Syifaa’ (Penawar)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.

" Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman". (Yunus: 57)

8. Al-Haq (Kebenaran)
Al-Quran dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Quran adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur system hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Quran adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan priority yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu.

" Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu." (al-Baqarah: 147)

9. Al-Bayaan (Keterangan)
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah uma terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
" Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk kepada seta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa." ( Aali-Imran: 138 )

10. Al-Mau’izhah (Pengajaran)
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpha dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.
" Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Quran ini)." (al-Qamar: 22)

11. Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesame manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran)." (al-Hijr: 9)

12. Al-Busyraa (Berita Gembira)
Al-Quran sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Quran. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Quran. Telalu banyak janji-janji gembiran yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya.

" Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)." (an-Nahl: 89)
Read more...

Pengertian Al-quran

0 ulasan


      Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9) 

      Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah : Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; ( Surah Al-Qiyamah, 75:17-18) 

 Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
Read more...
Isnin, 24 Jun 2013

Sinar Budaya Warisan [Edisi Pendidikan]

0 ulasan
Perisian Sinar Budaya Warisan [Edisi Pendidikan] adalah sebuah perisian yang memudahkan pengguna mendengar,membaca serta belajar menguasai Bacaan Rawi, berzanjii, Marhaban dan Seni Taranum dengan lebih mudah.

Dibawah adalah snap yang saya ambil sebagai pengenalan perisian ini :

Perisian ini mengandungi tiga surah iaitu Surah Al-Baqarah, Surah Al-Mukminun dan Surah Al-Rahman. Pengguna boleh memilih samada untuk membaca ayat ataupun mendengar terus alunan bacaan taranum surah terebut.




Nama File : BudayaWarisan.7z
Size : 44 MB

Download disini
- Klik link diatas, seterusnya tunggu 5 saat dan klik diatas Button SKIP AD disebelah hujung kanan diatas.. 
Read more...
Sabtu, 3 November 2012

Hubungan antara al-Qur'an dan al-Qiraat

0 ulasan


Hubungan antara al-Qur'an dan al-Qiraat



Dalam hal ini, terdapat pandangan ulama yang menyatakan bahawa al-quran dan qiraat itu adalah berlainan antara satu sama lain. Sebagaimana penegasan Imam al-Suyuti dalam kitabnya al-itqan Fi Ulum al-Quran menukilkan pendapat Imam al-Zarkasyi daripada kitabnya al-Burhan :

“Al-Quran sebagaimana yang telah disebut adalah wahyu daripada Allah S.W.t yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W sebagai penerangan dan mukjizat.”

“Manakala Qiraat ialah perbezaan lafaz-lafaz wahyu yang disebut di dalam huruf-huruf dan cara membacanya seperti takhfif, tasydid da selain keduanya-keduanya. Ia dimestikan dengan talaqqi dan musyafahah kerana qiraat tidahk boleh dihukumkan melainkan dengan pendengaran dan musyafahah.”

Dr Muhammad Salim Muhaisin memberi reaksi yang berbeza dan berpendapat Al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada catatan perbahasan para ulama di mana yang dimaksudkan dengan perselisihan bacaan adalah bukannya melibatkan qiraat secara keseluruhannya tetapi pada noktak-noktah yang tertentu sahaja. Qiraat yang sahih ( mutawatir ) adalah diterima sebagai al-quran dan ini menolak qiraat yang bercanggah dengan qiraat yang sahih seperti qiraat syaz di mana ia tidak dikira al-quran dan haram pula hukum bacaanya.
Read more...

Pengertian Qiraat

0 ulasan


Pendahuluan

Ilmu pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Qur’an dan menghafalnya. Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ianya secara langsung membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah. Dengan itu ilmu tersebut kita akan dapat merasai mu’jizat al-Qur’an dari segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami didalam bahasa Arab yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi oleh sasterawan-sasterawan Arab ketika itu dan di masa kini.

Ilmu qiraat merupakan asas-asas yang terlalu penting bagi ulama’ terdahulu di dalam kajian dan penyelidikan mereka untuk memahami al-Quran. Pada masa kini ilmu al-Qur’an dan qiraat sudah mula diminati oleh masyarakat Islam, yang pada mulanya kurang diminati kerana mereka menyangka ianya tidak memberi hasil yang lumayan dan jarang diketengahkan. Mengikut sejarah perkembangan ilmu al-Qur’an dan kemasukan ilmu qiraat ke Malaysia telah berlaku pada awal 70-an. Kemasukan ilmu ini telah dibawa oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Mekah al-Mukarramah. Tidak dinafikan bahawa sebelum itu telah wujud ilmu qiraat di Malaysia, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja bukan secara meluas. Sehingga sesiapa yang membaca qiraat ketika itu dianggap salah kerana orang ramai tidak ada pendedahan dan motivasi mengenai ilmu qiraat.

Pembangunan dan perkembangan ilmu al-Qur’an dan qiraat pada masa kini telah mendorong pihak kerajaan untuk membuka dan membina pusat-pusat pengajian al-Qur’an dan Maahad Tahfiz al-Qur’an di seluruh Malaysia. Selain itu, kewujudan pusat-pusat pengajian swasta yang tumbuh bagaikan cendawan serta turut menyokong perkembangan ilmu al-Qur’an. Selepas terdirinya Pusat Pengajian al-Qur’an di Pusat Islam Kuala Lumpur, ilmu qiraat mula berkembang di Malaysia. Dengan perkembangan tersebut, telah memberi peluang kepada orang ramai menampilkan diri untuk mengenali dan mempelajari ilmu qiraat ini.

Qiraat Dari Sudut Bahasa

Takrif qiraat dari segi bahasa merangkumi dua pendapat. Pendapat yang pertama ialah qiraat didatangkan dengan maksud bacaan iaitu himpunan huruf dan kalimah-kalimah yang sempurna. Qiraat pada asalnya dari kata terbitan iaitu qaraa (قرأ), qiraah (قراءة) dan qur’anan (قرآنا) atas wazan fu’lan (فعلان) seperti ‘ghufran’, ‘syukran’ dan lain-lain lagi. Perkataan Qiraat itu berbentuk masdar dengan isim maf’ul iaitu maqru’ (dibaca). 

Pendapat yang kedua, qiraat jama’ atau himpunan dari perkataan qiraah (قراءة) ; dari perkataan asal qaraa (قرأ), bagi pendapat salaf pula menjelaskan lafaz qiraah dalam nas al-Quran yang sempurna untuk memberi keterangan tentang kehilangan al-Qura’ (القرّاء). Qiraah dalam bahasa ialah jama’ atau himpunan, setiap sesuatu himpunannya adalah qiraah ; dinamakan al-Qur’an kerana himpunan yang merangkumi ayat-ayat yang berbentuk cerita, perintah, larangan, perjanjian dan sebagainya dalam sebahagian surah-surah di dalam al-Qur’an. 

Menurut Dr. Syi’yan Muhammad Ismail dalam kitabnya Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha pula, qiraat adalah jama’ kepada kalimah qaraa (قرأ), iaitu pada asal adalah masdar qa raa (قرأ). pendapat yang lain, qaraa fulan (قرأ) ( baca si fulan), yaqra’u (يقرأ) iaitu dia baca dan qiraah (قراءة) iaitu bacaan. Daripada pengertian-pengertian yang telah disebutkan tadi, dapatlah disimpulkan bahawa qiraat dari segi bahasa membawa maksud ‘bacaan-bacaan’ yang berasal dari kata terbitan qaraa (قرأ), qiraah (قراءة) dan qur’anan (قرآنا).


 Qiraat Dari Sudut Istilah

Takrif qiraat dari segi istilah mempunyai beberapa maksud antaranya ialah menurut Abdul Fattah Al-Qodi dalam penulisannya, Al-Budur Az-Zaahirah. Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Qur’an dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek dan sebagainya. Bagi pendapat Ustaz Hj. Mohd Nazri Abdullah, qiraat ialah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Qur’an yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Semenjak penurunan wahyu yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan qiraat hingga kini yang sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulama’ yang silih berganti.

Manakala daripada sumber lain pula, ilmu qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Qur’an dan hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana al-Qur’an dan qiraat merupakan sunnah muttaba’. Menurut Syi’yan Muhammad Ismail dalam Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, qiraat ialah suatu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Qur’an yang khilaf dan keadaan kalimah-kalimah tersebut.

Kesimpulanya Ilmu Qiraat ialah ilmu yang membahaskan bagaimana cara untuk menyebut kalimah-kalimah Al-Quran yang merangkumi hukum izhar, idgham, mad, qasr, tarqiq dan sebagainya. Begitu juga dengan makhraj huruf serta mengenal wajah bacaan Qurra' yang diteruskan kepada perawi.
Read more...
Khamis, 23 Jun 2011

bab basmalah

0 ulasan




  1. Makna basmallah ialah

  1. Qura’ merumuskan :

(a) Qalun, Kisaie, ‘Asim, dan Ibn Kasir menetapkan basmallah diantara tiap-tiap surah kecuali pada surah diantara surah al-anfal dan surah at-taubah.

(b) Hamzah menyatakan menyambung tiap-tiap antara dua surah.

(c) Ibn ‘Amir, Warash, Abi ‘Amru merumuskan bagi mereka 3 wajah :

· membaca basmallah setiap antara 2 surah kecuali diantara surah al-anfal dan at-taubah.

· sambung tanpa basmallah.

· saktah tanpa basmallah.

3. Dalam tiga wajah tersebut Ibn ‘Amir, Warash, Abi ‘Amru tidak bersepakat nas yang sahih dan yang terpilih diantara ahli Qura’ dan yang terbaik daripada syeikh Qura’.

4. yang jelas Warash, Ibn ‘Amir dan Abi ‘Amru memilih wajah ketiga iaitu saktah tanpa nafas sebagai pilihan ketika memulakan basmallah pada permulaan surah.

5. Terdapat setengah ahli Qura’ daripada mereka tidak membaca basmallah dalam empat surah berikut :

· Akhir surah muddassir diawal surah qiyamah.

· Akhir surah infitan diawal surah mutaffifin.

· Akhir surah al-fajr diawal surah al-balad.

· Akhir surah al-asr diawal surah al-humazah.

6. Apabila menyambung surah at-taubah dengan surah al-anfal atau memulakan bacaan daripada permulaan surah at-taubah maka tidak boleh membaca basmallah kerana surah at-taubah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru hara dan basmallah pula keamanan. Tidak mungkin keamanan dan huru hara berhimpun dalam satu masa.

7. Apabila memulakan bacaan daripada permulaan surah selain surah Al-baqarah boleh memilih membaca basmalah bagi semua qura’.

8 . Bagi seluruh qura’ pada wajah diantara surah anfal & at-taubah 3 keadaan

· Sambung

· saktah tanpa nafas

· berhenti serta ambil nafas & tiapnya tanpa basmalah

9 . Apabila menyambung basmalah bersama akhir surah tidak boleh diberhentikan sehingga tak syak tanpa basmalah disyariatkan pada awal surah bukan pada akhir surah.

10. Wajah basmalah akhir surah pada awal surah.

· berhenti pada akhir surah daripada basmalah & basmalah pada awal surah

· berhenti pada akhir surah daripada basmalah dan menyambung basmalah dengan awal surah

· menyambung akhir surah dengan basmalah dan awal surah.

Read more...

Labels

 
penapenuntut © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

You can add link or short description here